pesanan penaja

Sabtu, 3 November 2012

eBR1M : Mohon BR1M 2.0 Secara Online Sekarang Untuk Dapatkan RM500 & RM250 Daripada Kerajaan!!


Borang BR1M di eBR1M : Bermula daripada semalam 1 November 2012, dijangka permohonan BR1M yang telah mula dibuka ini bakal memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang, yang melibatkan peruntukan sebanyak RM3 bilion. Nampaknya, ratusan ribuan borang BR1M 2.0 sudah mula disiarkan diakhbar-akhbar arus perdana dan juga boleh didapati di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri. Yang bagusnya…..
Yang bagusnya kali ini permohonan BR1M 2.0 boleh dilakukan secara online & diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas.


Borang BR1M 2.0 Boleh Diperolehi Di :

  • kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  • pejabat Pembangunan negeri dan pejabat daerah
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
  • selain memohon BR1M secara online di eBR1M


Permohonan BR1M 2.0 Kedua Secara Online di eBR1M

KLIK LINK ini : ebr1m.hasil.gov.my
Pemohon BR1M 1.0 tidak perlu memohon sekali lagi melalui borang BR1M 2.0 KECUALI jika :
  1. Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bertukar alamat atau
  2. Kematian ketua isi rumah perlu mendaftar semula untuk membolehkan mereka menerima bantuan BR1M pusingan kedua yang akan diagihkan awal tahun 2013

 Syarat Kelayakan Penerima BR1M 2.0 Kedua ialah :
Untuk kriteria penerima BR1M yang layak memohon bantuan BR1M 2.0 kedua sebanyak RM500
  1. Ketua isi rumah (lelaki atau perempuan) berpendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah. Merangkumi individu yang telah berkahwin, termasuk yang tinggal bersama ibu bapa;
  2. Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah serta individu bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah di dalam rumah yang sama
  3. Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas (lahir 1953 atau sebelumnya) dengan pendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah juga layak memohon.
Untuk kriteria penerima BR1M yang layak memohon bantuan BR1M 2.0 kedua sebanyak RM250
  1. Individu bujang termasuk balu, janda atau duda berumur 21 tahun ke atas (lahir 1992 atau sebelumnya) yang merupakan warganegara Malaysia
  2. Tidak mempunyai tanggungan dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 ke bawah
  3. Bukan pelajar IPT kerana akan mendapat bantuan baucar buku RM250
Pada pendapat kami, adalah lebih baik menghantar “printed version” daripada e-version (eBR1M)semata. Ini kerana walaupun sudah ada ruangan yang tertera nombor akaun bank, BR1M 2.0 tidak akan dimasukkan secara automatik ke dalam akaun penerima.

Penerima BR1M 2.0 yang layak akan menerima surat rasmi daripada LHDN yang bercop rasmi dan mesti hadir ke pusat khidmat ADUN masing-masing untuk mengambil sendiri voucher BR1M walaupun berpapah, berkerusi roda hatta berbaring di atas stretcher sekalipun. Apabila ada  ”hardcopy” bagiborang BR1M 2.0 senang untuk rujukan dikemudian hari.

Toyota Prius c TRD Sportivo: tempahan dibuka RM104k

jom layan.....................





Pelancaran rasmi Nissan ALMERA, empat gred, harga bermula dari RM66,800.00 – RM79,800.00


Selepas pengumuman mengenai Nissan ALMERA pada awal Ogos lalu, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini secara rasminya melancarkan model tersebut, sebuah sedan segmen B yang amat ditunggu-tunggu ke pasaran tempatan di One World Hotel, Petaling Jaya. Nissan ALMERA dijangka meneruskan rekod cemerlang dan tradisinya dalam segmen yang cukup kompetitif di Malaysia.
Sudah dibuka untuk tempahan, Nissan ALMERA serba baharu benar-benar menepati janjinya dengan ‘Surprisingly More’. Biarpun menampilkan ciri-ciri teknologi terkini dan keluasan ruang dalaman yang biasanya ditemui pada kenderaan lebih premium, Nissan ALMERA ditawarkan pada harga cukup kompetitif iaitu bermula dari RM66,800.00. Ini selari dengan komitmen Tan Chong untuk menawarkan kenderaan mampu milik kepada lebih ramai rakyat Malaysia.
Harga di atas jalan (termasuk insurans, cukai jalan, yuran pendaftaran dan yuran tuntutan pemilikan) bagi Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut:
Gred
Varian
Harga (RM)
E
1.5 M/T
66,800.00
1.5 A/T
69,800.00
V
1.5 A/T
76,800.00
VL
1.5 A/T
79,800.00
Nissan ALMERA dibezakan melalui spesifikasi standard untuk Gred E, well equipped untuk Gred V dan Gred VL yang hadir dengan spesifikasi penuh. Untuk lebih peribadi, pelanggan boleh memilih pelbagai pilihan aksesori eksklusif ALMERA. Aksesori-aksesori premium termasuklah konsol navigasi multimedia (dilengkapi dengan kamera pandang belakang, pemain DVD, sambungan iPod, USB dan keupayaan Bluetooth), ‘LED kicking plate’ dan kerusi saduran kulit yang mewah.
Nissan ALMERA turut hadir bersama penampilan lebih dinamik, signifikan dan tanda individu menerusi alat ganti sports IMPUL Motor Racing Development. Ia menampilkan komponen-komponen eksklusif yang telah direka khas untuk memenuhi keadaan jalan raya di Malaysia. Pakej Talaan IMPUL disediakan untuk semua gred ALMERA cuma dengan kos tambahan sebanyak RM9,500.00. Nissan ALMERA yang serba baharu itu didatangkan sekali dengan tempoh jaminan 3 tahun atau jarak perbatuan 100,000 km (yang mana tiba terlebih dahulu).
Nissan ALMERA telah menerima pelbagai kejayaan sejak dilancarkan pada tahun 2010, terutamanya di Amerika Syarikat, Thailand dan China. Sedan itu telah terjual lebih 500,000 unit di seluruh dunia. Tan Chong yakin bahawa Sedan Global Terlaris Nissan itu mampu memberi impak dalam pasaran Malaysia. Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr Ang Bon Beng berkata, sebagai tambahan kepada warisan hebat dan reputasi Nissan dalam aspek kualiti produk serta perkhidmatan yang tiada bandingan, para pelanggan pasti akan tertarik dengan harga Nissan ALMERA, di samping ciri-ciri yang ternyata lebih banyak (Surprisingly More).
“Para pelanggan pasti akan terkejut dan gembira dengan reka bentuk mewah, ciri-ciri dan keselesaan yang memberikan lebih gaya, teknologi serta ruang. Nissan ALMERA bukan sekadar direka bentuk dengan penuh gaya, malah apa yang membezakannya dengan pesaing lain adalah ciri-ciri premium yang dimilikinya. Sebagai contoh, ruang kaki dan but yang terbaik dalam kelasnya serta pelbagai teknologi premium,” jelas Dato’ Dr Ang.
Beliau turut menjelaskan bahawa selain daripada harga Nissan ALMERA yang menarik, unsur-unsur lain seperti penggunaan bahan api yang ekonomi, selang servis pada setiap 10,000 km dan kos alat ganti yang berpatutan adalah pendorong utama menjadikan jumlah kos pemilikan ALMERA menjadi amat memberangsangkan.
Dinobatkan oleh Interbrand’s Best 100 Global Brands sebagai jenama automotif paling pantas berkembang pada tahun 2012 baru-baru ini, Nissan telah mengembangkan nilai jenamanya sebanyak 30 peratus, jauh daripada purata industri automotif iaitu 11 peratus. Presiden Nissan Motor Asia Pacific Co. Ltd., Takayuki Kimura menyifatkan kejayaan Nissan adalah hasil daripada komitmen rakan-rakannya seperti Tan Chong.
“Tan Chong ialah rakan yang amat penting dan bernilai untuk perniagaan kami. Ia juga merupakan tulang belakang kepada pertumbuhan Nissan di rantau ini. Kami berbesar hati terhadap usaha berterusan mereka untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dan memberi kepuasan kepada pelanggan.

Pada tahun ini, terima kasih kepada komitmen mereka untuk menawarkan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang, Nissan telah berjaya menduduki tempat No. 1 dalam Kaji Selidik Indeks Kepuasan Jualan J.D. Power Asia Pacific 2012 Malaysia. Kami percaya bahawa Nissan ALMERA akan menandakan satu lagi detik pencapaian hebat dalam kerjasama rapat di antara Nissan dan Tan Chong selama 55 tahun,” ulas Kimura.